Apa yang dimaksudkan dengan umat pertengahan?

Cuba kita rujuk Al-Quran(Surah Al-Baqarah, 2:143).

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُواْ شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا

“Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu(umat islam) umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu.

Jika kita perhatikan maksud ayat di atas ,ada 3 isi penting:

1.”Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu(umat islam) umat pertengahan”

Allah menganugerahkan kepada umat islam dengan gelaran umat pertengahan.

2.”agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia” 

Tugas umat pertengahan adalah menjadi saksi atas perbuatan manusia.

3.” dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu.”

Baginda Rasulullah SAW menjadi saksi atas perbuatan umat pertengahan.

Apa yang dimaksudkan dengan menjadi saksi?

Saksi bermaksud seseorang yang menyaksikan , menyakini , membenarkan dan menyampaikan satu perkara.

Contohnya, satu kemalangan berlaku dan anda adalah satu-satunya orang(saksi) yang menyaksikan kejadian tersebut.Apabila anda membuat laporan kepada pihak polis, anda akan menyatakan anda melihat kemalangan itu.Kemudian anda akan menyakinkan laporkan yang dibuat adalah benar.Pada sidang mahkamah anda akan membenarkan persaksian anda dengan mengangkat sumpah pernyataan saksi anda adalah benar tiada penipuan.Akhirnya, anda menyampaikan persaksian anda di hadapan mahkamah.

Nah! Cuba kita perhatikan pada kalimah syahadah.

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.

Mengapa ada perkataan aku naik saksi dalam syahadah yang kita biasa ucapkan dalam solat?Jelas di sini bahawa pengertian kalimah syahadah itu menuntut kepada kita untuk mempunyai ciri-ciri sebagai seorang saksi iaitu menyaksikan , menyakini , membenarkan dan menyampaikan.

Maksudnya, kita ditugaskan untuk menyaksikan dan menyakini kebenaran kalimah syahadah dan menyampaikannya kepada orang lain.

Kalimah syahadah ini menuntut kepada kita untuk menjadi hamba kepada Allah dengan beribadah kepadaNya(1) dan menjadi khalifah di dunia ini(2).

(1).”Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.(Surah Az-Zariyat,51:56)    

(2).”Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,” Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi”(Surah Al-Baqarah,2:30)    

Tugas khalifah di sini bermaksud kita mengajak dan menarik manusia yang masih belum tunduk kepada Allah kepada pengabdian kepada Allah.Kata mudahnya, supaya semua manusia di dunia ini tunduk beribadah kepada Allah.

Oleh yang demikian , penyaksian kalimah syahadah yang kita sentiasa ucapkan dalam solat itu hanya akan terlaksana apabila kita melaksanakan 2 tuntutan ini.

Segala kerja dan amalan yang kita lakukan ini akan disaksikan oleh Baginda Rasulullah SAW yang akan menjadi saksi bahawa kita telah menjalankan amanah dan tangunggjawab kalimah syahadah di hari perhitungan nanti.

Kesimpulannya, umat pertengahan bermaksud umat islam yang melaksanakan segala ibadah yang dituntut oleh Allah dan menjadi agen menyampaikan kalimah syahadah kepada semua manusia agar tunduk kepada pengabdian kepada Allah tuhan yang Maha Esa dengan melaksanakan tuntutan ibadah keranaNya.Setiap kerja dan amalan yang dilakukan akan disaksikan oleh Baginda Rasulullah SAW.

Jom kawan-lawan, apa tunggu lagi……Ayuh!Mari kita jadi umat pertengahan.