“Tiada ertinya hidup tanpa beramal.Tiada ertinya beramal tanpa berniat.”
Cuba kita perhatikan baik-baik 2 ayat di atas.Pada ayat yang pertama , beramal yang dimaksudkan di sini adalah segala perbuatan yang disyariatkan oleh agama yang wajib ditunaikan.Contoh yang paling mudah adalah solat 5 waktu.Manakala ayat yang kedua bermaksud segala amalan ibadah yang dilaksanakan tanpa ada niat kerana Allah adalah sia-sia.Niat bermaksud qasad(tujuan hati) dan iradah(kehendak hati).
Setiap amalan ibadah yang kita laksanakan jika tidak diniatkan semata-mata kerana Allah , maka sia-sialah segala tenaga , masa dan apa jua yang kita telah gunakan.Amat ditakuti jika amalan itu dihinggapi dengan perasaan menunjuk atau ria’.
Sangat pentingnya di sini untuk kita sentiasa berwaspada ketika melaksanakan amalan ibadah dengan memastikan kita niat ikhlas kerana Allah Taala.
Menurut Imam Nawawi dari buku Hadith 40(terjemahan dan syarahan) karangan Mustafa Abdul Rahman amal yang ikhlas itu ada 3 bahagian:
(1)Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah.Amal ini dinamakan “ibadah hamba”.
(2)Amal yang dikerjakan kerana mendapatkan syurga dan pahala.Amal ini dinamakan “ibadah saudagar”
(3)Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan kerana dilaksanakan hak dan kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu amalannya diterima atau tidak.Amalan ini dinamakan “ibadah yang merdeka”.
Jadi, yang manakah merupakan amalan ibadah kita!