Tazkirah


Sabda Nabi diriwayatkan oleh Al-Tirmizi:

“Perliharalah Allah nescaya engkau dapatiNya berada di hadapan engkau, menyertai dan menolong engkau.Dan kenallah Allah pada masa lapang, nescaya Ia kenal engkau pada masa susah dikala engkau sedang menhadapai perkara yang sukar,”

Banyak pengajaran yang oleh kita ambil dari hadis ini.Pertama , kita disuruh untuk kenal Allah.Kenal Allah disini bermaksud dengan kita mengingati Allah bukan sekadar pada nama dan sifatNya , malah wajiblah ke atas kita untuk melaksanakan segala perintah dan tuntutan Allah tidak kira samada ketika susah atau senang.

Setiap manusia tidak lari daripada menhadapi masalah kehidupan.Ketika kita menhadapinya, kita akan lebih dekat kepada Allah.Dengan erti kata lain , kita akan lebih banyak beribadah dengan berdoa meminta Allah meringankan beban atau masalah yang kita hadapi.

Tetapi pernahkan kita mengenal Allah ketika waktu senang.Adalah berat untuk kita mengingati Allah semasa ketika waktu senang sebab seseorang dipengaruhi oleh gaya hidupnya.Jikalau sudah berjaya maka tak perlulah dia meminta kepada Allah.Akibatnya ia menjadi cuai dan lalai dalam mengingati Allah.

Oleh yang demikian Rasulullah(SAW) berpesan supaya kita mengingati dan mengenal Allah bersungguh-sungguh ketika waktu senang dan lapang , dan tidak di waktu susah dan sempit.

Cuba kita renungi kisah Nabi Yunus ketika berada di dalam perut ikan.Kisah Nabi Yunus diabadikan dalam Surah Al-Saffat ,37:143-145.

“Maka sekiranya tidak ia dari mereka yang banyak bertasbih(mengingati Allah) nescaya tinggallah dalam perut (ikan) itu hingga hari (manusia) dibangkitkan.Lalu kami campakkan dia di tanah kosong dalam keadaan sakit.”

Demikianlah hasil dari balasan kepadanya atas ingatan dan kenalnya kepada Allah dikala kelapangan dan kesenangan.

Moga Allah memberi kita banyak masa lapang dan senang supaya masa tersebut kita gunakan untuk kita mengenali dan mengingat Allah.

“Tiada ertinya hidup tanpa beramal.Tiada ertinya beramal tanpa berniat.”

Cuba kita perhatikan baik-baik 2 ayat di atas.Pada ayat yang pertama , beramal yang dimaksudkan di sini adalah segala perbuatan yang disyariatkan oleh agama yang wajib ditunaikan.Contoh yang paling mudah adalah solat 5 waktu.Manakala ayat yang kedua bermaksud segala amalan ibadah yang dilaksanakan tanpa ada niat kerana Allah adalah sia-sia.Niat bermaksud qasad(tujuan hati) dan iradah(kehendak hati).

Setiap amalan ibadah yang kita laksanakan jika tidak diniatkan semata-mata kerana Allah , maka sia-sialah segala tenaga , masa dan apa jua yang kita telah gunakan.Amat ditakuti jika amalan itu dihinggapi dengan perasaan menunjuk atau ria’. 

Sangat pentingnya di sini untuk kita sentiasa berwaspada ketika melaksanakan amalan ibadah dengan memastikan kita niat ikhlas kerana Allah Taala.

Menurut Imam Nawawi dari buku Hadith 40(terjemahan dan syarahan) karangan Mustafa Abdul Rahman amal yang ikhlas itu ada 3 bahagian:

(1)Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah.Amal ini dinamakan “ibadah hamba”.

(2)Amal yang dikerjakan kerana mendapatkan syurga dan pahala.Amal ini dinamakan “ibadah saudagar”

(3)Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan kerana dilaksanakan hak dan kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu amalannya diterima atau tidak.Amalan ini dinamakan “ibadah yang merdeka”.

Jadi, yang manakah merupakan amalan ibadah kita!